Tulisan Al-Fadil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) ini merupakan pembuka mata bagi semua pihak berkenaan muamalat perbankan, kewangan, kerjaya semasa dan hutang menurut persepsi Islam. Sebagai orang yang berkelulusan dalam bidang Syariah dan pernah bekerja di institusi kewangan Islam, UZAR telah berjaya merungkai permasalahan berkaitan riba, unsur gharar dan syubahat yang terdapat dalam institusi kewangan konvensional dan seterusnya membandingkan dengan sistem ekonomi Islam seperti yang dipraktikkan oleh bank islam dan ‘jendela-jendela’ Islam bank konvensional yang lain.
Buku ini dimulakan dengan memberikan pemahaman kepada pembaca akan betapa pentingnya ilmu berkenaan halal dan haram dalam kewangan, bahaya riba’, nas-nas berkaitan dan salah faham masyarakat hari ini terhadap konsep zuhud dalam Islam. Seterusnya, pembaca dihidangkan pula dengan Read the rest of this entry »






Recent Comments