Selamat Menjalani Peperiksaan

25 04 2008

Salam

Musim peperiksaan semakin hampir tiba bahkan ada universiti yang telah pun mula exam. Tentunya bagi yang pertama kali exam di sini berasa gementar berdetup detap tidak pasti bagaimanakah suasana exam di negara orang. Bagi yang final year tentunya resah gelisah mengharapkan keputusan yg terbaik dari exam yang terakhir ini.

Apa pun jua, Majlis Syura Muslimun UK & Eire (MSM) mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia. Kuatkan semangat dan gandakan usaha. Jangan lupa berserah kepada tuhan selepas berusaha. Ingatlah pesanan ayah bonda dan juga harapan negara. Semoga anda mendapat keputusan yang dicita-cita.

Ikhlas dari,

Dr Hj Mohd Isa Hamzah
Majlis Syura Muslimun
UK & Eire


Actions

Information

4 responses

26 04 2008
ark

gud luck eh kawan2..

27 04 2008
ujianiturahmat

jazakallah khair ark. sering kita mengeluh kekurangan masa untuk kita bersedia menghadapi peperiksaan… dan selalu kita berpulun sakan di saat2 akhir. namun itu adalah peperiksaan yang telah kita tahu bila ianya mendatang. bahkan sudah hadam di fikiran, tarikh, tempat, masa, berapa lama dan subjek exam tersebut. bagaimanakah pula mati atau hari akhirat yang tiada siapa tahu bilakah datangnya? renungkanlah…

28 04 2008
kalamkalbu

suka komen awak, ujianiturahmat. nak berkenalan bule?

1 05 2008
Tawakkal - Reliance on Allah « MSM London

[...] Read also: Statement from the Ameer of MSM regarding the exam season [...]

Leave a comment