
Krisis kemanusiaan, jenayah Zionis, penghapusan etnik, kerakusan kuasa, konflik dalaman, kepedulian umat… segalanya tergambar dalam isu gaza. Isu ini bukan isu umat Islam semata-mata. Isu ini merupakan isu kemanusiaan sejagat yang wajar dipedulikan oleh semua umat manusia.

Jenayah kemanusiaan di Gaza ini merupakan jenayah terhebat abad ini yang disembunyikan dunia. Berikut adalah sisipan Powerpoint yang disediakan oleh Al-Zaytouna Center for Studies and Consultation, Beirut, Lebanon.
Klik sini untuk muat turun sisipan Powerpoint berkenaan apa yang sedang berlaku di Gaza.
Sumber : Al-Zaytouna Center for Studies and Consultation, Beirut, Lebanon. (www.alzaytouna.net) -MSM LONDON





Di sebalik senyuman Gaza banyak yang terpalit kisah duka dan suka. Dari sejarah bertahun lamanya. Tanah ini masih lagi berdarah…
Terbaca dalam kisah bagaimana Salehuddin menakluki kembali tanah ini dari tangan pemerintah tentera salib dan kini menjadi sebutan sekian alam.
Kemana kehebatan Umat Islam dan pahlawan-pahlawan islam menghilang…Kemana? Islam dijajah dengan kemewahan dunia dan kealpaan masa yang singkat hingga lupa janji kita pada Allah semasa roh dihembas ke jasad…
Dan di akhir zaman ini kita hanya mampu melihat senyuman dan tangisan di Bumi Gaza sebagai potret yang tak bermaya hasil karya Zionis yang penuh simbolik. Kita umat islam hanya mampu melihat dari jauh, berperang dalam jiwa melawan Zionis. Dimana Semangat rasullulah? Semangat Saidina Umar, semangat Ali R.A? dimana?dimana?dimana….
Inilah akhir zaman …Dimana Dajjal akan muncul di bersama-sama dengan Puak Zionis… cukup bersediakah kita???
Segala yang terjadi adalah peringatan untuk kita semua…wallahulam.
ikhlas dariku:
Manusia Dan Islam